Selasa, 31 Mei 2016

PJM3115 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN : ULASAN JURNAL

Tajuk Artikel

Tajuk artikel ini ialah Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah: Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2007 dan dimuatkan dalam Jurnal Pendidkan Jilid 27(1).

Pengenalan

Domain jurnal adalah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran pendidikan jasmani terhadap pelajar-pelajar autisme. Kelemahan dalam hubungan mata, kontak fizikal, integrasi sensori dan kebolehan berinteraksi telah mengakibatkan pelajar-pelajar autisme sukar untuk meniru dan mempelajari kemahiran baru dalam aktiviti fizikal, terutama kemahiran yang memerlukan koordinasi mata dengan kaki dan tangan (contoh: membaling bola). Memandangkan masalah ini, pendidikan jasmani suaian yang bercorak individu harus dijalankan untuk memperbaiki kelemahan motor, disamping meningkatkan domain kognitif dan afektif bagi pelajar-pelajar autisme.

            Objektif jurnal adalah untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas memaksimumkan peluang pembelajaran. Oleh itu program intervensi yang dirancang harus berdasarkan kebolehan dan keperluan individu (Eaves & Pottet, 2000). Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola serta mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar autisme membaling bola tepat pada sasaran.

            Kumpulan sasaran kajian dalam jurnal ini adalah melibatkan 3 orang pelajar autisme lelaki yang sedang belajar di dua buah sekolah menengah yang berlainan di Kuala Lumpur, di bawah program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Mereka berumur antara 14 hingga 18 tahun. Mereka telah didiagnosis mengalami autisme oleh doktor pediatrik semasa kecil lagi. Mereka adalah sihat dari segi fizikal dan tidak menghadapi masalah dalam penglihatan dan pendengaran, serta mereka dapat membaling bola dengan dua belah tangan.

Ringkasan Metodologi

Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes ke atas tiga orang pelajar autisme sekolah menengah dalam program intervensi kemahiran membaling bola. Setiap pelajar mempunyai Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Pengajaran kemahiran membaling bola adalah berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran bagi sesi latihan sebelumnya.

            Subjek A berbangsa Cina, umumya 17 tahun 6 bulan. Dia merupakan pelajar yang mengalami autisme ringan. Dia mampu berkomunikasi dengan ay at ringkas, namun dia selalu mengulangi ayatnya. Tinggi Subjek A 174 cm dan beratnya 68.5 kg. Dia tergolong dalam kategori normal berdasaikan Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI). Tindak balas dan koordinasi badan Subjek A adalah baik. Dia dapat menguasai kemahiran asas permainan dengan baik seperti memukul bola, mengguling bola, menendang bola, membaling bola dengan dua belah tangan dan menyambut bola.
           
Subjek B ialah pelajar Cina, umurnya 14 tahun 11 bulan. Dia mampu berkomunikasi dengan menggunakan satu atau dua perkataan. Tinggi Subjek B 149 cm dan beratnya 38 kg. Menurut Indeks Jisim Tubuh, dia tergolong dalam kategori kurang berat badan. Walaupun saiz flzikal Subjek B kecil, dia dapat menguasai kemahiran asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan baik seperti berjalan, berlari, melompat, berdiri dengan sebelah kaki, dan sebagainya. Dia mempunyai kekuatan tangan dan kaki untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemahiran asas permainan, seperti memukul bola, mengguling bola, menendang bola dan membaling bola dengan dua belah tangan.

Subjek C juga berbangsa Cina, umurnya 18 tahun 2 bulan. Dia boleh bercakap satu atau dua patah perkataan yang biasa didengarnya. Apabila diajar perkataan baru, dia akan menghadapi masalah untuk mengeluarkan bunyinya, seakan-akan dia tidak tahu bercakap. Dia memahami apa yang didengar dan boleh bertindak balas, tetapi tindak balasnya sangat lambat. Dia hanya boleh menumpukan perhatian dalam masa 2 atau 3 minit sahaja, senang diganggu oleh bunyi dan selalu menjenguk ke arah bunyi. Apabila duduk bersendirian, dia asyik memusingkan tangannya. Dia tergolong dalam kategori kurang berat badan berdasarkan Indeks Jisim Tubuh. Ketinggiannya 174 cm dan beratnya 50 kg sahaja. Dia dapat menguasai kemahiran asas lokomotor dan bukan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat, berdiri dengan sebelah kaki, dan sebagainya. Tangan dan kaki Subjek C tidak kuat, oleh itu dia tidak dapat menguasai kemahiran motor kasar dengan baik, dan hanya mampu memukul bola, mengguling bola, menendang bola dan membaling bola dengan dua belah tangan dalam jarak yang dekat sahaja.

Masa latihan bagi ketiga-tiga subjek dilakukan diluar waktu persekolahan iaitu pada waktu petang diantara 5.00 petang hingga 6.00 petang. Program intervensi ini dijalankan di salah satu padang kecil di sebuah taman permainan berdekatan yang teduh dan jauh daripada orang ramai. Kawasan sunyi ini dipilih untuk mengurangkan gangguan terhadap pembelajaran subjek.

Program intervensi kemahiran membaling bola dijalankan selama 5 minggu, 3 kali seminggu, 60 minit setiap sesi latihan. Subjek dalam kajian ini diajar mengguna sebelah tangan untuk membaling bola pada aras bahu. Latihan yang dijalankan sepanjang program intervensi ini mempunyai struktur yang sama; ia bermula dengan sesi memanaskan badan, diikuti dengan sesi latih tubi dan sesi menyejukkan badan. Di akhir sesi latih tubi, setiap subjek diberi 5 kali percubaan dalam ujian kemahiran membaling bola. RPI bagi sesi latihan yang seterusnya ditulis berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran yang sebelumnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk setiap subjek dalam sesi latih tubi adalah berbeza antara individu.

Untuk mengenal pasti sama ada subjek mempelajari dan menguasai kemahiran yang dipelajari pada sesi latihan tersebut, kaedah pemerhatian digunakan untuk menilai pencapaian subjek dalam ujian kemahiran membaling bola. Data yang dikumpul daripada pemerhatian adalah berdasarkan tiga fasa dalam kemahiran membaling bola, iaitu fasa persediaan, fasa balingan dan fasa ikut lajak. Pembahagian kemahiran kepada tiga fasa adalah penting kerana ia dapat menyenangkan penyelidik mengesan kesalahan perlakuan subjek (Hay, 1993). Kemahiran membaling bola pada aras bahu dalam kajian ini adalah berpandukan buku The Biomechanics of Sports Techniques (Hay, 1993) dan Retarded Kids Need To Play (Hirst & Michaelis, 1983). Ketiga-tiga subjek dalam kajian ini mengguna tangan kanan untuk menulis, oleh itu mereka juga mengguna tangan kanan untuk memegang bola. Setiap subjek mempunyai kebolehan yang berbeza dalam kemahiran membaling bola. Oleh itu pemerhatian perlakuan subjek dalam kemahiran membaling bola adalah berasaskan kemahiran yang diajar pada sesi latihan.

Bagi ujian kemahiran membaling bola, data yang dikumpul adalah berdasarkan ujian kemahiran motor yang dibuat oleh University of Connecticut and Mansfield Training School untuk pelajar-pelajar terencat akal (Fait, 1972). Pemberian skor bagi kemahiran membaling bola sebelah tangan juga berdasarkan yang dibuat oleh University of Connecticut and Mansfield Training School (Fait, 1972) iaitu ‘0’ untuk tidak berusaha untuk membaling, ‘1’ untuk memegang bola dan melepaskan bola dengan tujuan untuk membaling, ‘2’ untuk yang membaling bola tidak tentu arah, ‘3’ yang membaling bola tepat pada sasaran bagi jarak yang kurang daripada 30 kaki dan ‘4’ yang membaling bola tepat pada sasaran dalam jarak 30 kaki atau lebih.

Alat yang digunakan dalam program intervensi ini termasuk tiga biji bola baling yang setiap satunya berdiameter 8 inci, tiga gelung rotan yang setiap satunya berdiameter 30 inci, pita ukur, dan tali rafia sebagai tanda garisan permulaan.

Keputusan

Subjek A memerlukan arahan untuk melakukan balingan, ini telah menyebabkan perlakuannya tidak lancar. Selepas menjalani beberapa kali sesi latihan, Subjek A telah membiasakan diri dengan cara membaling bola. Pada sesi latihan 5, Subjek A sudah faham arahan "mula", dia akan terus memulakan balingan tanpa arahan lain, oleh itu perlakuan bagi ketiga-tiga fasa kelihatan lancar. Dari sesi latihan 6 hingga 13, iaitu pada jarak sasaran 24 hingga 30 kaki, Subjek A memerlukan dua sesi latihan untuk menyesuaikan diri dengan jarak sasaran baru. Fasa balingan yang tidak lancar pada jarak sasaran baru telah menjejaskan prestasi Subjek A. Keadaan ini diperbaiki setelah Subjek A menjalani banyak latih tubi iaitu pada sesi latihan yang kedua bagi jarak sasaran yang sama. Pada jarak sasaran 32 kaki, walaupun Subjek A telah menjalani dua sesi latihan iaitu 14 dan 15, pencapaian Subjek A masih tidak konsisten. Subjek A hanya dapat membaling bola tepat pada sasaran setelah dia dapat mengaplikasikan teknik membaling dengan betul. Apabila Subjek A teragak-agak dalam perlakuan, ini telah mengakibatkan daya membaling tidak dapat dihasilkan dengan efisien untuk membaling bola tepat pada sasaran.

            Daripada data pemerhatian, penyelidik mendapati program intervensi ini berkesan untuk membantu Subjek A meningkatkan kebolehan membaling bola. Pada awal sesi latihan, Subjek A memerlukan arahan untuk melakukan balingan, selepas menjalani beberapa kali sesi latihan, Subjek A telah membiasakan diri dengan cara membaling bola, dan akhirnya Subjek A berjaya membaling bola tepat pada sasaran dengan mengaplikasikan konsep pengurupulan daya, iaitu menggunakan segala daya yang dihasilkan dari kaki sehingga ke jari untuk membaling bola ke arah sasaran.

            Subjek B tidak dapat mengilas pergelangan tangan dan menolak bola dengan jari ke arah sasaran. Selepas 5 kali sesi latihan, Subjek B dapat membaling bola tepat pada sasaran. Pada sesi latihan 6 hingga 14, Subjek B memerlukan bantuan demonstrasi dan arahan untuk membantunya membaling, ini telah mengakibatkan perlakuan fasa balingan dan fasa ikut lajak tidak lancar. Pada sesi latihan terakhir, Subjek B hanya memerlukan arahan untuk fasa balingan.

Keputusan penilaian pemerhatian telah menunjukkan terdapat kemajuan pembelajaran membaling bola pada Subjek B. Ini membuktikan program intervensi selama 5 minggu dapat membantu Subjek B meningkatkan kebolehan membaling bola.

Subjek C tidak dapat mengerti langkah-langkah kemahiran membaling bola, Penyelidik perlu memberi bimbingan secara fizikal dan membantunya memegang bola dengan jari terbuka dan tapak tangan menghala ke atas, serta meletakkan tangan kanan pada aras bahu. Penyelidik perlu memegang pergelangan tangan Subjek C untuk membantunya membaling bola. Tanpa bantuan, Subjek C hanya membiarkan bola jatuh ke atas tanah. Bermula dari ketidakupayaan memegang bola dengan jari, kemudian memahami arahan "baling" dan maksud "sasaran", dan akhirnya berjaya membaling bola tepat pada sasaran dalam jarak 2 kaki tanpa bantuan bimbingan secara fizikal, ini telah menunjukkan program intervensi yang dijalankan selama 5 minggu ini memang berkesan untuk membantu pelajar autisme meningkatkan kebolehan membaling bola. Pada sesi latihan 5, Subjek C telah menunjukkan usahanya untuk membaling bola, oleh itu jarak sasaran untuk sesi latihan 6 adalah 2 kaki. Pada sesi latihan 6 hingga ke 15, Subjek C telah belajar membaling bola ke arah sasaran pada jarak 2 kaki. Pada sesi latihan terakhir, Subjek C telah Berjaya membaling bola tepat pada sasaran sebanyak 5 kali daripada 5 percubaan.

Dari sesi latihan 1 hingga ke sesi latihan 15, jarak sasaran balingan bagi Subjek C telah meningkat sebanyak 2 kaki. Ini telah menunjukkan bahawa Subjek C berupaya membaling bola tepat pada sasaran pada jarak 2 kaki. Ini juga membuktikan terdapat penambahan kebolehan dalam kemahiran membaling bola bagi Subjek C.

Rumusan

Subjek dalam kajian ini mempunyai ciri-ciri autisme yang tertentu dan tahap pembelajaran yang berbeza antara individu. RPI yang direka bentuk khas untuk setiap subjek telah menunjukkan keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan untuk belajar kemahiran motor. Mereka boleh dilatih menumpu perhatian dan membaling bola tepat pada sasaran yang ditentukan.

            Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa program intervensi yang dijalankan selama 5 minggu dapat meningkatkan kebolehan pelajar-pelajar autisme mempelajari kemahiran membaling bola melalui pendidikan jasmani suaian. Berdasarkan hasil dapatan ini, penyelidik mengemukakan dua cadangan untuk penyelidik-penyelidik lain membuat kajian lanjutan pada tahap yang lebih tinggi dan mendalam. Pertama, kajian tentang program intervensi selama 10 minggu bagi pelajar-pelajar autisme yang lemah dalam pembelajaran. Tempoh masa yang panjang mungkin akan memberi kesan yang berlainan daripada kajian ini. Dapatan kajian akan member gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan tempoh masa untuk mengajar pelajarpelajar autisme yang lemah dalam kemahiran motor. Kedua, kajian tentang memanjangkan masa latihan untuk aktiviti permainan, Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada pelajar-pelajar autisme dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam situasi permainan.

Ulasan Jurnal

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut berkenaan dengan jurnal ini adalah lebik baik juga saya menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Autisme. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa.

Manakala proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku.  Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Diantara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang.

Seterusnya maslah pembelajaran pendidikan jasmani dikalangan pelajar-pelajar autisme merupakan satu cabaran kepada guru-guru pendidikan jasmani. Oleh yang demikian jurnal ini boleh menerangkan kepada guru-guru bahawa pelajar-pelajar autisme dapat dibantu untuk mendpatkan pembelajaran ynag maksimum dalam bilik dan luar bilik darjah. Jurnal yang ditulis oleh Tan Teck Bee dan Lou Sau Cheong ini adalah berkaitan satu Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Tarhadap Pelajar Autisme sekolah menengah.

Saya tidak mendapati penulis menyatakan mana-mana teori yang dapat menyokong tulisan mereka. Bagi saya teori-teori daripada ahli akademik juga penting bagi menyokong hasil hajian yang dilaksanakan. Walaubagaiman pun penulis banyak menjadikan buku-buku dan kajian yang berkaitan sebagai penyokong kepada dapatan dan hasil kajian mereka. Antaranya ialah buku “Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan pendidikan Inklusif” tulisan Ang H. B tahun 2001. Buku ini menyatakan bahawa lebih kurang 75% kanak-kanak autisme adalah terencat akal. Penulis juga merujuk kepada buku “Combanting Stimulus Overselectivity: Physucal for Children With Autism” tulisan Connor tahun 1990 yang menyatakan bahawa mengajar pelajar-pelajar autisme dengn bimbingan secara fizikal amat berkesan dalam pengajaran kemahiran membaling. Selain itu penulis juga menggunakan buku ‘The Biomechanics of Sport Techniques” tulisan Hay tahun1993 menyatakan pengajaran kemahiran membaling seharusnya menggunakan fasa-fasa iaitu fasa persediaan, fasa balingan dan fasa ikut lajak. Untuk mengukur tahap pencapaian subjek dalam latihan dan ujian, penulis mengambil skor yang dinyatakan oleh Fait tahun 1972 dalam bukunya ‘Special physical education, adapter, corrective, develpmental’.

Pada pandangan saya pemilihan subjek juga sangat sesuai, kerana mereka telah didiagnosis mengalami autisme oleh doktor pediatrik sejak kecil lagi. Ketiga-tiga subjek bebangsa cina yang berumur diantara 14 hingga 18 tahun. Dari segi kemahiran asas subjek A adalah yang paling baik iaitu boleh melakukan kemahiran asas seperti memukul bola, mengguling bola, menendang bola, membaling bola dengan dua belah tangan dan menyambut bola. Subjek B pula mempunyai berat badan yang kurang berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (BMI). Walaupun begitu subjek B boleh menguasai kemahiran asa lokomotor dan bukan lokomotor seperti berjalan, berlari, berdiri sebelah kaki dan lain-lain lagi. Dia juga boleh melakukan kemahiran asas permainan seperti memukul bola, mengguling bola, menendang bola dan membaling dengan kedua belah tangan. Manakala subjek C juga tergolong dalam katagori yang kurang berat badan berdasarkan Indeks Jisim Tubuh Badan (BMI). Dia juga boleh menguasai kemahiran asas lokomotor dan bukan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat, berdiri dengan sebelah kaki dan lain-lain lagi. Walaupun begitu Subjek C tidak men uasai kemahiran motor kasar dengan baik. Dia hanya mampu memukul bola, mengguling bola, menendang bola dan membaling bola dengan dua belah tangan dalam jarak yang dekat sahaja.
Untuk mendapatkan hasil hajian saya sangat bersetuju dengan kaedah yang diguna pakai oleh penulis. Penulis menggunakan kaedah pemerhatian bagi menilai perkembangan dan peningkatan responden dalas setiap sesi latihan yang dijalankan. Lebih mengukuhkan lagi dapatan kajian, penulis melaksanakan latihan dalam tiga fasa iaitu fasa permulaan, fasa balingan dan fasa ikut lajak. Oleh yang demikian penulis dapat meneliti perkembangan subjek dalam setiap fasa latihan berkenaan. Kesalaha-kesalahan lebih mudah untuk dikesan, dan latih tubi yang dilakukan dapat dipertingkatkan pada kesalahan dalam fasa tersebut.

Pembahagian skor juga dapat membantu penulis mengumpulkan skor yang dikumpulkan mengikut tahap pencapaian responden. Penulis turut menyatakan bagaimana sesuatu kemahiran diuji. Setiap responden memulakan kemahiran dengan memanaskan badan dan seterusnya melakukan kemahiran asas yang lain seperti memegang dan membaling bola. Langkah sebegini pada saya perlu kerana responden perlu membiasakan diri dengan perlakuan yang hendak diuji. Akibat daripada perbezaan tahap kebolehan dasar, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh setiap subjek pada sesi latih tubi adalah berbeza antara individu. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang direka bentuk khas untuk setiap subjek adalah berdasarkan keperluan, kebolehan dan pencapaian subjek dalam setiap sesi latihan.  Oleh yang demikian ketiga-tiga subjek belajar dengan cara yang berlainan. Bagi Subjek  A Pada permulaan melalui kaedah demonstrasi dan arahan, selepas menguasai kemahiran membaling bola. Subjek A berkebolehan berlatih sendiri, penyelidik hanya memberi maklum balas tentang hasil perlakuan atau prestasi perlakuan. Sebagai contoh maklum balas “bagus” memberikan kegembiraan kepada subjek yang menyebabkannya berlatih dengan bersungguh-sungguh. Manakala bagi Subjek B pada awal program intervensi, hanya belajar cara pegangan bola pada aras bahu dan mendengar arahan "lihat gelung rotan, baling", namun Subjek B berupaya mengikuti pengajaran. Perkembangan Subjek B dapat dilihat dengan baik bermula dengan belajar teknik membaling dengan koordinasi mata, tangan dan kaki; Subjek B menghadapi masalah untuk mengingati kesemua langkah yang dipelajari. Setiap kali dalam sesi latih tubi dan penilaian, Subjek B perlu melihat demonstrasi untuk melakukan ketiga-tiga fasa kemahiran membaling. Tanpa bantuan, Subjek B akan membaling bola dengan cara sembarangan. Subjek B mengambil masa yang panjang untuk mengingati kesemua langkah dalam kemahiran membaling dan akhirnya dia berjaya dalam sesi latihan 15. Manakala bagi  diakhir latihan Subjek C telah berupaya membaling bola tepat pada sasaran dalam jarak 2 kaki dengan usahanya sendiri. Penyelidik hanya memberi arahan untuk membantunya menumpukan perhatian pada sasaran. Dari ketidakupayaan memegang bola dengan jari, Subjek C telah menunjukkan kebolehannya membaling bola tepat pada sasaran sejauh 2 kaki pada akhir sesi latihan. Ini telah menunjukkan pelajar autisme pada tahap pembelajaran yang paling lemah pun dapat belajar mengikut keupayaannya.

Berdasarkan dapatan kajian, responden belajar melalui kaedah yang pelbagai antaranya demonstrasi dan arahan. Responden berupaya mengubahsuai kesalahan setelah penyelidik memberi maklum balas dan memberitahu kesalahannya. Daripada data pemerhatian, penyelidik mendapati program intervensi ini berkesan untuk membantu Subjek A meningkatkan kebolehan membaling bola. Pada awal sesi latihan, Subjek A memerlukan arahan untuk melakukan balingan, selepas menjalani beberapa kali sesi latihan, Subjek A telah membiasakan diri dengan cara membaling bola, dan akhirnya Subjek A berjaya membaling bola tepat pada sasaran dengan mengaplikasikan konsep pengurupulan daya, iaitu menggunakan segala daya yang dihasilkan dari kaki sehingga ke jari untuk membaling bola ke arah sasaran. Keputusan penilaian pemerhatian telah menunjukkan terdapat kemajuan pembelajaran membaling bola pada Subjek B. Ini membuktikan program intervensi selama 5 minggu dapat membantu Subjek B meningkatkan kebolehan membaling bola. Berdasarkan keputusan pemerhatian perlakuan daripada, didapati pada sesi latihan 1 hingga 3, Subjek C tidak dapat mengerti langkah-langkah kemahiran membaling bola, Penyelidik perlu memberi bimbingan secara fizikal dan membantunya memegang bola dengan jari terbuka dan tapak tangan menghala ke atas, serta meletakkan tangan kanan pada aras bahu. Penyelidik perlu memegang pergelangan tangan Subjek C untuk membantunya membaling bola. Tanpa bantuan, Subjek C hanya membiarkan bola jatuh ke atas tanah.

Berdasarkan artikel Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas dan Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah, terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan. Pertama, Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan khas boleh membawa kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental individu. Perlu bagi seseorang guru merancang Rancangan Pengajaran Individu yang baik dan sesuai dengan murid berkeperluan khas agar objektif pembelajaran tercapai.

Seterusnya, program intervensi dalam bentuk pendidikan jasmani suaian dapat membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas meningkatkan kebolehan motor. Mereka harus diberi peluang pendidikan yang sebaik mungkin untuk memperkembangkan potensi kendiri walaupun proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada pelajar-pelajar normal. Setelah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran tertentu, mereka mampu melakukan aktiviti fizikal yang lebih berfokus dan dapat melatih diri memaksimakan penggunaan fizikal. Dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri. Malah menurut penulis, guru perlu lebih bersikap penyabar dan positif apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka.

Masalah yang dikemukan penulis seperti kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan dan peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas perlu diatasi dengan segera agar pelajar berkeperluan khas juga mampu mendapat peluang belajar dan beraktiviti seperti pelajar normal. Pendidikan Jasmani perlu dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal.  Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah serta dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan