PENGENALAN
Sebagai acara sukan dalam sukan olahraga, yang dipertandingkan dalam
kebanyakan perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan
wanita. Diperingkat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan
menangah, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran yang digunakan
diperbaiki dari masa kesemasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam
lontaran. Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan.
Lontaran peluru memerlukan atlit yang berbadan besar, tegap, berat dan
kuat, tetapi ini bukanlah syarat yang utama yang menentukan penyertaan atau
kejayaan seseorang atlit. Pelontar peluru harus mengenal pasti latihan
yang bersistematik dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.
Cara melontar peluru mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peserta tidak
boleh melontar dengan sesuka hati tampa mengikut arahan dan undang-undang yang
ditetapkan. Atlit hendaklah menolak atau melontar peluru dari atas
bahu diantara leher dengan dagu. Pelontar peluru akan membuat lontaran
daripada bulatan khas yang bebas dari sebarang gangguan. Teknik lontaran
memainkan peranan penting dan utama dalam menentukan pencapaian atau prestasi
peserta.
Jika seseorang itu dapat menggunakan teknik yang betul dan tepat, sudah
tentu mendapat prestasi yang menggalakkan. Tampa teknik lontaran yang
betul, seseorang peserta tidak akan mencapai jarak yang diharapkan, walaupun
mempunyai saiz badan yang besar.
PERALATAN
Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatan
tertentu dan didalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas
daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini,
atlit serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan
samaada kepada atlit sendiri, ataupun peserta lain.
Peralatan yang diperlukan didalam acara ini adalah terdiri daripada
peluru besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan
atlit lelaki atau wanita ataupun peringkat kelas bagi peserta sekolah menengah
dan rendah.
Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau
bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama dengan tanah di
luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh
dan tidak licin. Permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah
pada bahagian ke atas gelong besi bulat.
UKURAN
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit
acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat
dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah
2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti
gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang
penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang
mengakibatkan lontaran dibatalkan.
SEKTOR LONTAR PELURU
Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput
atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang
mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi
kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau
lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua
garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan
lontaran dan bersudut 40°.
Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik
bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan
sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda
jarak rekod.
Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur
sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat
hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak
hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut.
Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira
pemenang.
Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru
menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta
wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta
dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.
Ukuran garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm).
Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.
Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih
melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan
dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang
sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul
nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan
lontaran.
Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau
bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya
sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan
ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.
Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m
sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi
berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam
yang tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan
timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah bulat dan
licin.
Syarat-syarat peluru untuk kejohanan
Lelaki
|
Wanita
|
Remaja lelaki
|
Remaja Wanita
|
|
Berat untuk pengesahan rekod
|
7.260 kg
|
4.00 kg
|
-
|
-
|
Berat dibenarkan untuk kejohanan
(Minimum)
(Maksimum)
|
7.265 kg
7.285
kg
|
4.005 kg
4.025
kg
|
4.000 kg
5.000
kg
|
3.250 kg
4.00 kg
|
Diameter
(Minimum)
(Maksimum)
|
110 mm
130 mm
|
95 mm
110 mm
|
93 mm
98 mm
|
88 mm
90 mm
|
PRINSIP-PRINSIP MAKANIKAL
Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah
mempertimbangkan faktor-faktor berikut :
- Semua
daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah
pergerakan peluru
- Semua
daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang
sama.
- Pusat
graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru
dengan tangan lebih lama.
- Daya
yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
- Pergerakan
peluru adalah di dalam lengkuk projektile.
- Sudut
penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.
KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DENGAN PERGERAKAN KAEDAH O’BRIEN
Dalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki
kanan dibengkokkan (bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan
dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti seberapa rendah yang mungkin
kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan jarak
pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama. Kedua-dua faktor ini akan
memberi halaju maksima apabila peluru dilepaskan. Kaki kanan dibnegkokkan
untuk membolehkan otot peha mengucup dengan lebih supaya kuasa yang lebih dapat
dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat badan terletak pada kaki
kanan.
Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk
mendapatkan keseimbangan, manakala kaki kiri adalah lurus kebelakang.
Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini ditarik kehadapan dan
ditendang semula kebelakang. Dalam proses menendang kaki ini ianya akan
menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan
diikuti dengan fasa gliding dari kaki kanan.
Setelah kaki kiri sampai digarisan pertengahan bulatan ianya akan
diluruskan dan dalam masa yang sama pinggang ditarik keatas dan dipusingkan
diikuti dengantangan kiri ditari kebelakang dengan dada dibuka seberapa luas
yang mungkin. Pada peringkat ini putaran badan berlaku.
Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya
untuk penambahan halaju peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku
iaitu daya daya dari kaki kanan telah berpindah kebahagian badan dan seterusnya
daya terus ke bahagian lengan kanan, tangan, tapak tangan, jari dan akhirnya
peluru. Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang
disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan
bertambah.
Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan
tangan. Kelajuan peluru pada peringkat ini adalah bergantung pada
kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan memanjang dengan serta
merta. Untuk menambahkan daya yang dibekalkan kepada peluru, badan juga
turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan.
Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan
halaju maksima sewaktu peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru
ini adalah bergantung kepada halaju pelepasannya, iaitu semakin laju ianya
dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya.
FASA-FASA
Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :
- 1. Fasa
Persediaan
- 2. Fasa
Gelungsuran
- 3. Fasa
Lontaran
- 4. Fasa
Pemulihan
LATIHAN ANSUR MAJU
Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan
sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita
yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh
kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara melakukan
lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam
melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan.
Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku.
Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun
pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas.
Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut
peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang
baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti
berikut:
1. Cara memegang peluru.
2. Persediaan dan pergerakan awal.
3. Perlakuan melontar.
4. Pendaratan peluru.
5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.
CARA MEMEGANG PELURU
Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara
ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat
dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh
setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna
akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara
memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap
pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.
1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran.
Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara
memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.
2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari
dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan
jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.
3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang
baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan
keseimbangan badan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng
boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah
tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.
PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL
Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang,
serta pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah
bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi
teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika
ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk
melakulcan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang
digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan
pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan
peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik
lontaran yang digunakan.
Teknik Lontaran Berdiri Statik
Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik
atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan
kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini
boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah
peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang
berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini.
Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.
1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan
mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan.
Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga
bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah
keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.
Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa
tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri,
manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.
4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah
lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan
mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.
5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas
melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta
mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran,
sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
Teknik Lontaran Sisi
Peserta juga boleh membuat lontaran menggunakan teknik sisi badan, sama
ada dari sisi kanan atau sisi kiri. Untuk melaksanakan teknik ini, peserta
perlu berdini secara megereng, dengan mana-mana sisi badannya menghadap.
Persediaan Membuat Lontaran Sisi
1. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan
lontaran yang disediakan.
2. Peserta berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang
daripada garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah
menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya.
3. Peserta hendaklah meletakkan kaki kiri pada tanah dan
memusingkan sedikit bahunya ke hadapan.
4. Peserta meluruskan kaki kirinya dan dengan demikian sudah
bersedia untuk melakukan lontaran.
5. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan
tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.
6. Peserta mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran
supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan
peluru.
7. Peserta
meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.
Teknik Membelakangi Kawasan Lontaran
Dari semasa ke semasa menerusi latihan yang dilakukan dan penyertaan
peserta dàlam pelbagai kejohanan, bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
peserta dalam sesuatu teknik lontaran, tetapi menambahkan teknik atau kaedah
lontaran baru, yang mungkin lebih baik atau berkesan daripada teknik
sebelumnya. Peningkatan mungkin dicapai menerusi pelbagai teknik lontaran,
sebagai peserta, seseorang itu diharapkan dapat menggunakan sebaik boleh teknik
lontaran untuk acara.
Teknik Lontaran Membelakangi Kawasan Lontaran
Teknik lontaran secara membelakangi kawasan Iontaran atau kawasan
pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju, dan biasanya dilakukan oleh
peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak menggalakkan peserta baru
menggunakan teknik lontaran mi kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam
melakukannya. Juga akan menjadi suatu kelebihan jika peserta dapat memepelajari
dan menggunakan teknik ini khususnya dalam pertandingan.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam
menggunakan
teknik lontaran cara ini.
1. Peserta bersedia dengan memegang peluru dalam bulatan lontaran.
2. Peserta memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran,
sambil membongkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kin ke
belakang.
3. Peserta mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan
keseimbangan.
4. Peserta menurunkan kakinya berhampiran dengan papan penanda dalam
bulatan lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan
mengawal pergerakan dan keseimbangan.
5. Peserta memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
6. Peserta menolak peluru keluar sekuat mungkin dan tangan yang
bebas terus mengawal.
7. Peserta mendapatkan kembali keseimbangan badan dan
memerhatikan peluru mendarat.
8. peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi bahagian
belakangnya untuk membolehkan pegawal mengukur jarak yang dicapai.
Teknik O’Brien
Satu lagi teknik lontaran peluru yang dicipta pada tahun 1950-an oleh
seorang pelontar peluru terkenal ketika itu, Perry O’Brien. Teknik
pemindahan kaki atau lebih dikenali sebagai teknik O’Brien. Sejak
diperkenalkan, teknik ini terus menjadi pilihan dan kegemaran kebanyakkan peserta
bertaraf dunia. Ini disebabkan menerusi teknik ini jarak yang dicapai adalah
lebih jauh berbanding dengan jarak menerusi teknik lontaran yang lain. Teknik
ini juga digunakan oleh kebanyakan peserta di negara kita khususnya dalam
kejohanan kebangsaan.
Mereka yang menggunakan teknik lontaran ini terdiri daripada mereka yang
sudah berpengalaman, yang mempunyai kemahiran tinggi dalam acara ini.
Bagaimanapun, sebagai pelontar peluru, seseorang itu harus didedahkan dengan
teknik ini bagi meningkatkan prestasinya.
Berikut adalah peringkat atau cara melakukan lontaran menggunakan teknik
O’Brien.
1. Peserta bersedia di dalam bulatan lontaran dengan
memegang peluru mengikut keselesaan sendiri.
2. Peserta berdiri dengan membelakangi kawasan pendaratan
peluru, dengan kaki kanan hampir rnenyentuh garisan belakang bulatan.
3. Peserta membongkokkan badan ke belakang sambil
mengangkatkan kaki kiri serta merapatkannya dengan kaki kanan.
4. Peserta harus memulakanl langkah pada kaki kanan, diikuti
dengan bengkokkan lutut kaki kanan dan dihayunkan tangan kiri ke luar.
5. Peserta memusingkan bahu dan pinggangnya serta diikuti dengan
perlakuan menolak dengan melepaskan peluru sekuat yang boleh.
6. Peserta hendaklah melakukan lajakan hayunan dengan membawa
berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan yang tidak memegang peluru.
7. Peserta berusaha mengimbangi badannya sambil memerhatikan
peluru mendarat di kawasan pendaratan.
Aktiviti Latihan Kemahiran Beransur Maju
1. Cara rnernegang peluru dengan menggunakan bola lisut tampa
memperkenalkan peluru dahulu.
2. Memperkenalkan peluru.
3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di
atas trek yang lurus.
4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan
berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku.
5. Geongsoran dengan menggunakan peluru.
6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan
ibu jari kaki – ‘Power Position’ (tapak kàki bersudut)
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan ‘Power
Position’ (chin-knee-toe) – dagu, lutut dan ibu jani, lakukan
pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran.
9 Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan,
gelungsuran, power position dan putaran pinggang.
10. Dan kedudukan dinan buat
gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang
aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menhala ke arah lontaran.
12. Dalani bulatan lontaran,
gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi
tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4
kaki dan bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau ‘Standing throw’.
14. Membuat lontaran sisi.
15. Membuat lontaran membelakangkan
kawasan lontaran.
16. Lakukan lontaran dengan cara
Perry O’Brien iaitu gabungan semua kemahiran yang telah dipelajari dan
jurulatih membetulkan kesalahan.
UNDANG-UNDANG
1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan
dengan undian.
2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil
bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang
peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat
tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak
diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat
tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Sekiranya
terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap
peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.
[Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras
yang sama oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan]
3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua
percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan
peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim.
4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar
meggunakan alat-alat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam
sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan bulatan dalam sekotor untuk
latihan, dengan atau tanpa a1ata-a1at akan meninggalakan kesan.
5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta
mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang
peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.
6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap
(keadaan tidak bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas
bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran
dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan
tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh
dibawa kebelakang dan paras garisan bahu.
7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari
yang boleh membantu peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan.
Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka.
(b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan
menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja.
(d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta
peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu.
(e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama
ada di dalam bulatan atau kesutnya.
- Lontarannya
dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki
bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian
sebarang anggotan badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas
hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika
membuat percubaan.
9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar
peraturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah
memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh
meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan
mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan
percubaan yang baru.
[Nota: Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perengganinmi adalah
termasuk dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam
Peraturan 142 para 4].
10. Untuk lontaran yang sah,
keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di antara dua sisi sebelah
dalarn garisan 50mm lebar.
11. Pengukuran bagi tiap-tiap
lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali
yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui satu
garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.
12. Peserta tidak boleh meninggalkan
bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestitah tinggalkan bulatan dari
separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang
dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luanya. (Lihat
para 17)
13. Setelah selesai sesuatu Iontaran,
peluru itu mestilah dibawa batik ketempat pemulaan atau bulatan dan tidak
secara dibaling.
14. Lontaran yang terbaik dari semua
lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran yang diambil untuk
menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira.
15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c)
hanya alat-alat yang disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan,
dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika
pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan
membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau
lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat
alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa
Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankan dan alat-alat itu
boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian.
16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu
diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat
hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya
dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang
mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru
menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi
peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan
peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.
KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU
1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul.
Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan
atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran.
Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri
dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan
mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya.
2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul.
Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru
ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan
akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan
3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan.
Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki
kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan
yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang
menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.
4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran.
Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah
lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini
berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal
dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat
dialihkan ketangan.
5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum
melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah
lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah “over pulled” atau “Thnder
pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. ‘Over
pulled’ bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under pulled’ pusingan
yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.
6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas
lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak
terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi
pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran
mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah
dilojakkan ke belakang.
7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450° Biasanya peluru
yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450°
Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan
melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu
tinggi atau terlalu rendah.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar
peluru, guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya
membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga
berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang
berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting
Iangkah-langkah ini diperhatikan:
1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas
dari gangguan.
2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta
memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.
3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar
serentak dan bila memunggut peluru juga dilakukan serentak.
4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar
cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang
cukup untuk murid memegang peluru.
5. Semua lontaran mesti ke satu
arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.
6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan
sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain.
7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran
selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah
mengikut giliran dalam membuat lontaran.
8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan
dalam satu kumpulan
9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
10. Jika peluru lembab atau basah,
sapu dulu dengan kain.
11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan