2.0 Temubual Guru Kaunseling
Sesungguhnya para pendidik pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat.
Namun, guru tidak terlepas daripada kritikan-kritikan yang bersifat negetif sehingga menimbulkan tekanan emosi dalam pekerjaan. Berikut adalah huraian secara jelas yang tekanan emosi yang biasa dihadapai dalam kalangan guru hasil daripada temubual bersama guru kaunseling di sebuah sekolah. Hasil temubual tersebut dapat di rangkumkan kepada tiga fokus utama iaitu faktor-faktor tekanan emosi dalam kalangan guru, kesan tekanan emosi terhadap persekitaran kerja dan cadangan bagi mengatasi tekanan emosi dalam kalangan guru.
2.1 Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru-guru adalah domain utama yang diamanahkan dalam proses penerapan dan penyampai ilmu kepada anak watan, sama ada rela atau tidak mereka dituntut untuk membangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa.
Tekanan emosi merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’(Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000).
2.2.1 Faktor-faktor Tekanan Emosi Guru
Terdapat banyak punca berlakunya tekanan emosi dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama iaitu faktor diri, faktor interpersonal, faktor organisasi dan faktor kekurangan sumber.
Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal tekanan emosi dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.
Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan tekanan emosi dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor tekanan emosi yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah:
a. Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
b. Tugasan kerja berterusan (kronik).
c. Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
d. Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
e. Perubahan dasar yang drastik.
Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
Faktor kekurangan Sumber
Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah tekanan emosi yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap tekanan emosi guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor tekanan emosi dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.
2.2.2 Kesan Tekanan Emosi Terhadap Persekitaran Kerja
Kesan tekanan emosi boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu murid, pentadbir, rakan sekerja, ibu bapa, dan budaya sekolah. Kesan tekanan emosi kepada murid ialah boleh menyebabkan guru melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional terhadap murid. Contohnya apabila guru terbawa–bawa masalah keluarga yang menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke sekolah, kebiasaannya, muridlah yang akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba mengawal emosi yang kurang stabil apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya melakukan kesalahan kecil akan dimarahi dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan.
Menurut (Marzuki, 2007) dalam buku karangannya, Psikologi Personel, ‘kesan psikologi ini didapati boleh menyebabkan emosi menjadi statik dan tidak menunjukkan sebarang petanda’.Sekiranya guru menghadapi tekanan emosi, lazimnya kelas yang diajar akan menjadi suram dan tidak ceria. Kesannya adalah terhadap murid–murid yang tidak dapat belajar dalam suasana yang ceria dan membantutkan kemahiran sosial mereka.
Murid yang datang ke sekolah untuk belajar dan mengharapkan ilmu daripada guru akhirnya perlu berhadapan dengan kerenah guru yang beremosi dan tidak dapat belajar dengan suasana tenang dan berkesan. Selain membantutkan mood murid untuk belajar, murid juga akan mempunyai satu persepsi baharu yang negatif terhadap guru tersebut dan menggambarkan personaliti guru dalam diri murid setiap kali masuk ke dalam kelas.
Seterusnya ialah kesan terhadap rakan sekerja. (Mohan, 1997) dalam bukunya, Tekanan emosis Management For You, menyatakan bahawa ..you will antagonize those in your home, office and social circles. You will draw them into your personal circle of tekanan emosis.
Tekanan yang wujud dalam diri guru sendiri akan membawa impak yang negatif terhadap pelbagai pihak termasuklah rakan sejawat. Misalnya, guru menunjukkan wajah masam pada rakan sejawat yang bertanyakan khabarnya. Secara tidak langsung, suasana akan menjadi muram dan mungkin menyebabkan rakan tersebut terasa hati. Mungkin guru tersebut tidak berniat untuk membalas pertanyaan dengan wajah masam, namun tekanan yang dihadapinya menjadikan fikirannya tidak dapat berfungsi secara rasional dan normal. Natijahnya, rakan tersebut mungkin terasa hati dan mengakibatkan hubungan yang kurang enak, selagi tekanan tidak berjaya diatasi.
Antara lain kesan tekanan terhadap rakan sekerja ialah menjadikan kerja berkumpulan kurang bermutu. Dalam situasi pelaksanaan kerja secara berkumpulan iaitu panitia contohnya, guru yang tekanan emosi lazimnya tidak akan mampu memberikan hasil yang terbaik kerana tekanan yang dihadapinya. Perkara ini secara tidak langsung akan menurunkan kualiti kerja panitia dan menyebabkan bukan sahaja guru tersebut yang dikritik, malahan rakan sejawat lain yang berada dalam satu pasukan yang sama juga akan turut dikritik kerana mereka berada dalam satu organisasi yang sama.
Kesan tekanan emosi yang berikutnya adalah terhadap ibu bapa. (Shaharom, 2005) dalam buku Mengurus Tekanan emosi menyatakan ‘dari segi kognitif, apabila tekanan tidak dapat dikurangkan, seseorang akan menjadi tegang, seperti sukar membuat keputusan atau berfikir, serta mudah melenting apabila menerima kritikan.’Dalam realiti dunia perguruan, lazimnya akan ada berlakunya sedikit salah faham antara pihak guru dan ibu bapa. Contohnya apabila murid pulang ke rumah dan mengadu bahawa guru memukulnya kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Ibu bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu dan hanya mendengar aduan anak secara membuta tuli pastinya akan meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu guru. Akibatnya, ibu bapa datang ke sekolah dan membuat aduan tentang guru tersebut kepada pihak pentadbir.
Guru yang tekanan emosi akan mudah melenting dan sukar menerima kritikan yang dihadapkan kepadanya, lebih – lebih lagi jika kesalahan tersebut bukanlah sesuatu yang rasional untuk dipersoalkan terhadapnya. Senario ini akhirnya akan menjejaskan hubungan mesra yang seharusnya terjalin antara guru dan ibu bapa. Kepercayaan terhadap guru yang sepatutnya subur, makin pudar hanya kerana tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut tidak membolehkannya untuk menjelaskan perkara sebenar dengan rasional.
Seandainya guru menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak cuba bersabar dengan situasi dimarahi ibu bapa, tanggapan yang tidak baik terhadap guru akan terbina dan mungkin akan disebarluaskan kepada masyarakat luar. Hal ini akan menjejaskan pandangan masyarakat luar terhadap kerjaya guru itu sendiri dan memudarkan kepercayaan yang telah sedia wujud sekian lama. Masyarakat luar yang tidak tahu perkara sebenarnya pula mudah dipengaruhi oleh khabar angin tanpa mencuba meneliti terlebih dahulu situasi perkara yang sebenarnya. Kesannya, kesalahan diletakkan di atas bahu guru seratus peratus dan tanggapan negatif terhadap kerjaya guru terus berleluasa.
Pentadbir juga merupakan antara pihak yang terkesan dengan tekanan yang dihadapi oleh guru. Menurut (Straw, 1993), tekanan emosis will lesson your satisfaction with work and lesson your performance. Seandainya guru tertekan, sehingga terbawa –bawa ke dalam ke tempat kerja, tekanan tersebut mungkin akan mempengaruhi mutu peribadi dan pekerjaannya sebagai orang bawahan pentadbir.
Tugasan yang diberikan oleh guru besar tidak dapat disiapkan dengan baik, dan kerja –kerja lain juga terbengkalai kerana guru tidak bijak mengawal emosi untuk lebih rasional memisahkan bidang tugas rasmi dengan tekanan yang dihadapi. Mutu hasil kerja yang kurang memberangsangkan ini tentunya akan memberikan perspektif negatif pentadbir kepada guru itu sendiri kerana tidak mampu menyiapkan tugasan mengikut kritirea yang ditetapkan. Situasi sebegini jika kerap ditunjukkan kepada pihak pentadbir, akan menyusahkan guru tersebut sendiri, antaranya mungkin perlu menyediakan surat tunjuk sebab yang akan dimasukkan ke dalam fail prestasi, dan secara tidak langsung juga mewujudkan satu persepsi kurang elok daripada pihak pentadbir sendiri terhadap peribadi guru itu.
Kesan tekanan emosi yang terakhir adalah terhadap budaya sekolah. Contohnya, budaya sekolah A ialah wujudnya sistem tutorial antara mento dan mentee iaitu antara guru dan murid darjah 6 untuk sesi perbincangan berkaitan akademik atau luar akademik. Namun, guru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah tersebut sebagai guru permulaan merasakan bahawa dia kurang keyakinan untuk menjadi mento seperti yang diamanahkan.
Hal ini adalah rentetan daripada sifat kurang keyakinan diri yang berlarutan sehingga menjadi tekanan dalam diri guru tersebut. Menurut penulisan (Brecht) dalam bab lack of achievement, ‘a vicious cycle is a set up of ‘I can’t achieve, which adds more fuel to the fire – see, I knew I couldn’t do it’. Bab ini menjelaskan bahawa apabila individu memiliki pegangan bahawa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara, maka fikiran dan anggota badannya juga akan menjadi negatif dan tidak mencuba untuk melakukan perkara tersebut.
Akibatnya, budaya sekolah cemerlang yang lazimnya mempunyai program mento mentee akan sedikit terjejas kerana sikap guru yang kurang bermotivasi dan mudah tertekan tanpa usaha untuk mencuba terlebih dahulu tugasan yang diberikan.
2.2.3 Cadangan Mengatasi Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
Cara mengatasi tekanan emosi yang pertama adalah dengan mengaturkan masa dengan teliti. (Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Tekanan emosi dan Emosi Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.
Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing – masing. Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam sistem. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru tekanan emosi.
Cara mengatasi tekanan emosi yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang. (Kenton,1988) menyatakan ‘relaxation is also the most important key to mitigating the damaging effects of long – term tekanan emosis..’. Tekanan adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap individu, namun ketenangan adalah kunci yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.
Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas, sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan dengan kemarahan. Natijahnya, hubungan yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang sepatutnya memiliki hubungan yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati dengan mengingati perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat diri berasa tertekan, cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang menggembirakan hati, insyaAllah, ketenangan akan dapat dirasakan dalam hati.
Selain itu, tekanan emosi mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada tekanan emosi. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha mengubah atau mengetepikan punca–punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan secara bersama antara pekerja dan organisasi. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir, sekiranya guru merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan kemampuannya, maka seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas, guru perlu berterus terang dengan pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya.
Jika guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir, tanpa memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan menghadapi tekanan kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Hasilnya, bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas tugasan yang berkualiti. Justeru, guru perlu mengelakkan diri daripada menggalas sesuatu yang diri sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.
(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload may exist only in some departments and this require narrower solution such as redesign of the way a job is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya tekanan emosi juga berpunca daripada lebihan kerja yang diberikan oleh organisasi atau panitia masing- masing. Justeru, adalah amat diperlukan untuk setiap organisasi menyusun semula tugasan mengikut kesesuaian dan kemahiran setiap guru bagi mengelakkan tekanan dalam diri masing – masing. Jika guru diberikan bebanan kerja mengikut kemampuan masing- masing, maka tidak akan timbul isu tertekan kerana tidak mampu menyiapkan tugasan.
Cara mengatasi tekanan emosi yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah berumahtangga akan terbawa- bawa masalah mereka sehingga ke sekolah. Contohnya amarah kerana bergaduh dengan suami ketika di rumah berlarutan sehingga ke bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah mesra takut untuk menegur dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah rumahtangga di rumah dan tidak menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya ditambahkan lagi dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.
Guru perlu menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza yang perlu diasingkan jika timbul apa- apa permasalahan. Kegagalan guru mengasingkan keperluan kedua – dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam diri. Namun, jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan suasana ceria tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa- apa urusan rasmi yang lain. Hal ini kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang damai dan ceria.
Selain itu, tekanan emosi mampu diatasi dengan cara yakin terhadap kebolehan diri sendiri. (Mohan, 1997) most tekanan emosis is experienced only because of our imagined fears. Fears triggered off by external factors and our reasoning of these factors. Now we must learn how to control our fears, so that we can control our tekanan emosis. Jelas menunjukkan melalui pernyataan ini bahawa untuk mengatasi tekanan emosi, guru perlu yakin dan tidak takut pada cabaran yang terbentang di hadapan mata.
Misalnya jika seorang guru permulaan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan sesebuah program besar, pada awalnya mungkin rasa takut dan tidak yakin akan diri sendiri akan timbul dalam diri guru tersebut. Namun, seharusnya guru tersebut tidak membiarkan perasaan takut mencuba sesuatu yang baru beraja dalam dirinya. Seorang guru yang berkualiti tidak kiralah daripada kategori permulaan, mahir, atau cemerlang sekalipun, seharusnya bersedia dengan apa jua tugasan baru yang mencabar dalam proses untuk meningkatkan diri ke satu tahap yang lebih baik.
Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha menjauhkan diri daripada tekanan. Guru perlulah sentiasa berfikiran positif dengan menganggap bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium untuknya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Jika guru sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri sendiri.
5.0 Rujukan
5.0 Rujukan
Abdul Wahid Nuruddin. (1996). Stres pekerjaan di kalangan guru. Satu Kajian Kes. Tesis (B.Ed) .
Amir Hasan Dewi. (1999). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books.
Aziz Yahya, Jamaludin Ramli, Mazeni Ismail. (2010). Stress dalam kalangan guru sekolah menangah di empat buah negeri di malaysia. Asia Pasific Journal Of Educators and Education, Vol 25 , 103-136.
Faridah Karim dan Zubaidah Aman . (1998). Implikasi Burnout di kalangan guru terhadap sistem pendidikan. Posiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara , 317-333.
Foo Say Fooi. (2005). Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Serdang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kreativiti dan inovasu; Elemen Merentas Kurikulum. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan2006- 2010. Retrieved Februari 27, 27, from http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=home&bhs=my
Modul HN2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak jauh. (2011). Unit 10 isu-isu dan cabaran negara. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Tanjung Malim.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia : perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari , 1985-6830.
Muhyiddin Tun Hussin. (2012, ogos 13). Guru berinovasi adalah berkulaiti. Retrieved Mac 4, 2015, from Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guru berinovasi adalah guru berkualiti Muhyiddin/Article pada 13 Ogos
Noraiti A. Rashid. (2010). Guru dan cabaran semasa. Selangor: Oxford Fajar Sd. Bhd.
Sanusi Osman. (1989). Ikatan etnik dan kelas di Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam Selangor: UPENA.Syed Ismail, Ahmad Subki. (2010). Asas kepimpinan & perkembangan profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zahrin Ramlan. (2009). Guru inovatif didik pelajar alaf kini. Kuala Lumpur: Pendidkan.
Zakiah Arshad. (2003). Stres kerja di kalangan guru-giri sekolah rendah. Satu kajian di Zon Bandar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan