1.0 INTERGRASI NASIONAL
1.1 Konsep
Intergrasi Nasional
Kemakmuran Malaysia hari ini
merupakan hasil daripada satu proses sejarah yang panjang. Perpaduan yang wujud di Malaysia hari ini
sesungguhnya merupakan sebuah kebahagiaan yang telah melalui beberapa proses
interaksi, integrasi dan asimilasi antara masyarakat pribumi tempatan dengan
masyarakat bukan pribumi tempatan.
Proses ini mengambil masa yang agak panjang dan turut melalui zaman
kedukaan. Melalui proses sejarah yang dilalui negara Malaysia, maka hari ini
boleh dilihat bahawa perpaduan masyarakat Malaysia sangat utuh. Selepas
kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah
perpaduan dan integrasi antara kaum. Wujudnya Integrasi Nasional menunjukkan
persefahaman antara kaum yang timbul sendiri tanpa paksaan. Dengan itu, negara akan mengalami keharmonian
yang berpanjangan dan dapat dinikmati oleh masyarakat yang berbilang kaum.
Noriati
A.Rashid (2010) menyatakan integrasi
nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza
dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang
mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada
penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan
pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara. Manakala Shamsul Amri (2007) memberikan maksud
integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi
budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Integrasi
sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan
perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual
yang merupakan hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku
perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan
etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses
penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011:
179-180).
Jawatankuasa
Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional merujuk
kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam
Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah
dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Pendidikan
menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam
suasana yang harmoni. Integrasi nasioanal telah dapat memupuk semangat
nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa,
agama dan warna kulit dalam masyarakat hari ini. Ini dapat dibuktikan daripada
interaksi yang baik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik antara satu sama
lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah,
para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah
yang sama.
Untuk
menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemai dan memupuk
semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar. Contohnya,
semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar daripada aktiviti perbarisan
untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik iaitu ‘Negaraku’. Ianya
dapat diaplikasikan ke dalam perhimpunan mingguan di sekolah. Selain itu juga,
semangat patriotisme dapat dipupuk melalui sambutan bulan Kemerdekaan yang
diadakan di sekolah. Pelajar boleh melibatkan diri dalam segala aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair, pantun,
puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan
lain-lain. Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan
meningkatkan serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air yang tercinta.
Selain
itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semua pelajar yang terdiri
daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk berinteraksi antara satu
sama lain dan melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Contohnya, penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti
Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan
Menceriakan Kelas sempena Hari Kemerdekaan, Perbarisan Badan Beruniform dan
lain-lain akan dapat membina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan
kepada bangsa dan negara Malaysia.
Oleh yang
demikian, pendidikan adalah peranan yang
sangat penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita.
Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari
segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh
Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat
patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara
yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
a. Pelaksanaan
sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama
di semua sekolah.
b. Memperkasakan
Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik
yang berbeza.
c. Mengasimilasikan
nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata
pelajaran.
d. Memperkenalkan
mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah
pada tahun 2003.
e. Memperkenalkan
konsep Sekolah Wawasan.
1.2 Kaitan
Integrasi Nasional Dengan ImplikasiIntegrasi Nasional Dengan Program Yang
Dilaksnakan Oleh Pihak Sekolah Dan PIBG.
1.2.1 Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) merupakan satu program khas untuk mengeratkan
perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan
agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan
sebab ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan
mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan
menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah
lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program
khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran
oleh guru-guru di dalam kelas..
Program ini
amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan Negara Bangsa
tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan,
serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa
mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.
Seiring itu
juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu
tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai
dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP
dilaksanakan di peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja
tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah.
Dengan usaha begini dapat meningkatkan pembinaan Negara Bangsa, bangsa Malaysia
bersatupadu hidup dalam hidup dalam suasana harmoni aman dan damai menuju
Negara maju.
1.2.2 Program
Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa
Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai
inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid
berjaya. Penglibatan anda mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah
kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.
Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta. Sarana Sekolah pula merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.
Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran
yang dapat meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila
semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan
menyokong satu matlamat – membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam
membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Kajian menunjukkan
apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah dapat manfaat berikut :
a.
keyakinan guru meningkat
b.
pencapaian murid meningkat
c.
ibu bapa merasa mereka sebahagian dari
sekolah dan lebih menyokong program sekolah
d.
kes disiplin dalam kalangan murid
berkurangan
e.
hubungan lebih baik antara pentadbir,
guru dan ibu bapa
(Olsen & Fuller, 2008)
Sarana
Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti bertujuan memperkenalkan
sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong Sistem Pembelajaran.
Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna akan meningkatkan
penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu
bapa dan komuniti dengan sekolah. Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen
yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) / alumni serta ahli komuniti
setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid.
1.2.3 Aktiviti
Gotong-Royong
Aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh pihak sekolah
juga membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana murid-murid dan
guru-guru bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama, mereka
dapat berinteraksi semasa mereka dan mengenali rakan yang tidak dikenali.
Keadaan ini secara tidak langsung mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional
antara murid dan guru. Seterusnya, di sekolah, murid-murid berpeluang
menggunakan kemudahan-kemudahan yang tersedia tanpa mengira kedudukan dan kaum
murid yang berbeza. Contohnya, kemudahan pusat sumber diberikan kepada mereka
tanpa mengambil kira latar belakang kaum. Keadaan ini terang menunjukkan bahawa
perpaduan dan integrasi nasional telah dipupuk dengan tidak mendiskriminasikan
murid mengikut bangsa dan agama untuk menggunakan pusat sumber.
1.2.4 Sambutan Perayaan Peringkat Sekolah
Pada setiap musim sesuatu perayaan, pihak sekolah juga
mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan lain-lain. Melalui cara ini, setiap murid dapat mempelajari
adat resam serta kepercayaan kaum-kaum di Malaysia ini. Sekolah turut akan
mengadakan persembahan tarian tradisional yang daripada pelbagai kaum.
Contohnya, tarian zapin, tarian kipas, tarian singa dan tarian kaum india. Di
sini, murid-murid sendiri yang akan memakai pakaian tarian tradisional kaum
tertentu dan mempersembahkan tarian tradisional melalui tunjuk ajar guru.
Tambahan pula, pihak sekolah juga mengadakan jamuan perayaan tersebut. Maka,
murid dapat mencuba makanan tradisional sesuatu kaum tersebut di samping
memahami budaya kaum berbeza daripadanya. Sedar tidak sedar, murid tersebut
akan secara langsung memahami perbezaan kaum bukanlah dari segi perbezaan
bahasanya dan pakaiannya sahaja, sebaliknya perbezaan dari aspek makanannya
juga.
Selain aktiviti persembahan tarian
tradisional, aktiviti sambutan perayaan di sekolah juga menyumbang kepada
terbentuknya perpaduan dalam diri murid-murid. Hal ini demikian dapat dilihat
melalui rasa hormat yang timbul dalam kalangan murid yang berlainan agama.
Salah faham dan perbezaan kaum akan dapat dielakkan kerana mereka telah
memahami budaya bangsa lain. Misalnya, sekolah saya yang merupakan Sekolah
Jenis Kebangsaan yang tidak ketinggalan mengadakan sambutan Kuih Bulan di
sekolah. Salah satu aktiviti yang diadakan adalah pertandingan merekacipta
tanglung. Walaupun perayaan ini merupakan perayaan kaum Cina, namun, murid yang
berlainan agama turut memeriahkan lagi aktiviti ini dengan menyertainya. Hal
ini demikian memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa sesuatu perayaan
bukanlah hanya boleh diraikan oleh kaumnya sahaja malah bangsa dan agama lain
juga boleh bersama-sama meraikannya tanpa halangan. Keadaan ini telah
menunjukkan wujudnya integrasi dalam diri mereka memandangkan sedikit sebanyak
mereka telah mengetahui budaya yang berbeza di Malaysia.
1.2.5 Aktiviti KoKurikulum
Selain
kurikulum, kokurikulum juga merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara
dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana
peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada integrasi di
sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk
menambah, mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai
yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah
untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara
sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan
pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.
Aktiviti kokurikulum juga menekankan
pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan
efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan,
kelab, persatuan, badan beruniform dan sebagainya sentiasa dipergiatkan lagi
dalam kalangan murid pelbagai kaum. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah juga melibatkan aktiviti sukan. Memandangkan sukan menjadi salah satu
daripada alat perpaduan di peringkat sekolah, maka sukan yang dijalankan bukan
semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk integrasi dalam kalangan
murid-murid. Contohnya pelbagai jenis permainan sukan yang dijalankan dalam
aktiviti sukan di sekolah. Melalui sesuatu permainan atau perlawanan, jelas
sekali nilai-nilai yang dapat dipupuk dalam kalangan murid-murid tidak lain
tidak bukan adalah kerjasama dan bersatu padu walaupun mereka terdiri dari
pelbagai kaum.
Selain itu,hari sukan sekolah
misalnya, matlamat utamanya adalah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan
dan perpaduan di antara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua murid
akan terlibat dalam sesuatu pertandingan permainan, perarakan dan perhiasan
khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua faktor tetapi sebagai satu
kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan dalam kalangan murid-murid.
Selain itu, perkhemahan juga merupakan
salah satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti
pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama
aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan
membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan
akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan bekerja
sama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu
sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini
wujudlah perpaduan dan integrasi diantara peserta-peserta perkhemahan yang
datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan
berbeza.Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan
jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah.
Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat
menyeronokkan para murid. Selain daripada mendapat maklumat dan kemahiran baru,
mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah
negara yang aman dan damai sementara bergaul dengan rakan-rakan yang lain
bangsa.
Di luar sistem akademik, murid pula
terlibat dalam aktiviti pelbagai kaum seperti program keluarga angkat. Program
anak angkat selalunya berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak
mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan.
Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke sesuatu tempat
membolehkan seseorang murid dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan
sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara murid
dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi
nasional.
1.2.6 Integrasi di Peringkat Nasional
Mantan
Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada masa
pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah diteruskan bagi
membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum ditingkatkan.
Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui program tersebut akan membawa
kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormat-menghormati antara kaum dapat
dipereratkan. Antara kata-kata beliau ialah:
“
Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua kaum dan
ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan semua
pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar untuk
melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan alam
sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisahdan bersendirian menjadikan
integrasi sukar untuk dilaksanakan”.
Selain
program integrasi, sekolah juga mewujudkan program pertukaran pelajar sekolah.
Program pertukaran ini diadakan di antara sekolah yang membawa perpaduan kerana
murid-murid dapat mengenali dan memahami murid-murid dari sekolah lain.
Misalnya, murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan digalakkan supaya bergaul dengan
murid dari Sekolah Kebangsaan melalui suatu program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah untuk suatu jangka masa tertentu. Keadaan ini membolehkan murid sekolah
berpeluang berinteraksi dengan murid dari sekolah yang berlainan. Pada masa
yang sama, hubungan harmoni terjalin dan perpaduan wujud antara mereka.
Walau bagaimanapun, pelancaran
kempen, ceramah dan kem-kem motivasi turut diadakan oleh pihak sekolah.
Aktiviti seperti ini berfokuskan perpaduan dan integrasi nasional. Murid-murid
akan didedahkan kepada kepentingan kerjasama dan perpaduan di negara kita yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Contohnya, murid-murid Tahap 2
terutamanya digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapat
memahami dan mempelajari konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihak
sekolah. Di samping itu, murid-murid juga akan tahu kepentingan bekerjasama
tidak kira kaum dan sekali gus akan mengamalkannya.
5.0 Rujukan
Abdul Wahid Nuruddin. (1996). Stres pekerjaan di kalangan guru. Satu Kajian Kes. Tesis (B.Ed) .
Amir Hasan Dewi. (1999). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books.
Aziz Yahya, Jamaludin Ramli, Mazeni Ismail. (2010). Stress dalam kalangan guru sekolah menangah di empat buah negeri di malaysia. Asia Pasific Journal Of Educators and Education, Vol 25 , 103-136.
Faridah Karim dan Zubaidah Aman . (1998). Implikasi Burnout di kalangan guru terhadap sistem pendidikan. Posiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara , 317-333.
Foo Say Fooi. (2005). Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Serdang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kreativiti dan inovasu; Elemen Merentas Kurikulum. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan2006- 2010. Retrieved Februari 27, 27, from http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=home&bhs=my
Modul HN2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak jauh. (2011). Unit 10 isu-isu dan cabaran negara. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Tanjung Malim.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia : perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari , 1985-6830.
Muhyiddin Tun Hussin. (2012, ogos 13). Guru berinovasi adalah berkulaiti. Retrieved Mac 4, 2015, from Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guru berinovasi adalah guru berkualiti Muhyiddin/Article pada 13 Ogos
Noraiti A. Rashid. (2010). Guru dan cabaran semasa. Selangor: Oxford Fajar Sd. Bhd.
Sanusi Osman. (1989). Ikatan etnik dan kelas di Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam Selangor: UPENA.Syed Ismail, Ahmad Subki. (2010). Asas kepimpinan & perkembangan profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zahrin Ramlan. (2009). Guru inovatif didik pelajar alaf kini. Kuala Lumpur: Pendidkan.
Zakiah Arshad. (2003). Stres kerja di kalangan guru-giri sekolah rendah. Satu kajian di Zon Bandar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan